Kolagen adalah komponen protein utama di dalam tubuh.
Kewujudannya merangkumi 70% pada lapisan kulit, tulang,kartilaj (sendi),
saluran darah, tendons dan gigi, terdapat beberapa jenis kolagen seperti
kolagen I (kulit, tendon tulang, kornea (mata), II (rawan, tulang belakang),
III (kulit fetal, jantung), IV (membran dasar).Kolagen disusun tiga rantai
polipetida (monomer protein) yang terpilih membentuk triple helix (pilihan
ganda tiga). Segmen kecil dari tiap rantai mempunyai panjang asid amino
sebanyak 1.000-an.Merupakan penjaga bentuk dan struktur tubuh serta penyambung
jaringan halus pada rangka tubuh.Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar
1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun. Dan selepas usia 45-50 tahun,
badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi,
semakin tua, semakin kurang kolagen. Inilah antara punca kedutan.
Kesan kekurangan kolagen menampakkan kesan penuaan terutama
pada kulit dan wajah.
Antaranya ialah:
- Kedutan, pori2 terbuka dan garis halus kelihatan.
- Kulit kering dan mengelupas
- Kulit semakin kurang keanjalan
- Kulit menjadi kasar
- Rambut menipis dan gugur
- Pigmentasi
- Payudara tidak tegang dan anjal lagi
- Mata rasa kering
No comments:
Post a Comment