Rumpai Laut Spirulina ini amatlah istimewa kerana ia merupakan spesis Rumpai Laut yang sangat terhad sekali pengeluaran dan berkualiti tinggi dengan kombinasi manfaat luarbiasa Spirulina dan Kolagen Rumpai Laut yang terdapat didalamnya.Untuk makluman anda, Rumpai Laut Ungu, Kuning dan Spirulina adalah suplemen atau makanan tambahan dan ianya bukan ubat. Jadi, ianya tidak sama sekali kerana Suplemen adalah makanan tambahan yang membantu membekalkan vitamin, mineral dan nutrien yang tidak ada dalam makanan dan minuman yang kita serap dalam tubuh seharian. Manakala ubat pula disarankan oleh doktor untuk terapi dan rawatan untuk penyakit yang tertentu bergantung pada tahap kroniknya penyakit itu.
Apa Itu Spirulina?
Spirulina organik adalah makanan lengkap kerana mengandungi hampir semua nutrien. Ia kaya dengan sumber protein yang senang dicernakan. Ia juga mengandungi klorofil, beta karotin, zat besi, karotenoid, mineral, asid gama linolenik (GLA) dan pigmen tumbuhan yang unik.
Manfaat, Khasiat Dan Kelebihan Spirulina:
Klorofil (warna hijau) memberikan manfaat dalam membantu meningkatkan proses penyingkiran racun dan bertindak sebagai anti-penuaan.
Protein memberi manfaat dalam membina dan membaiki otot dan tisu. Ia juga sumber tenaga ketika latihan atau senaman yang memerlukan daya ketahanan.
GLA memberikan manfaat yang sangat penting untuk merawati pelbagai masalah kesihatan seperti ekzema atopik, sensitiviti hormon dan masalah inflamasi.
Zat Besi, Kalsium dan Magnesium memberikan manfaat yang penting untuk metabolisme tenaga, fungsi aktiviti enzim yang normal, kesihatan sistem saraf serta pengecutan dan pengenduran otot untuk mengekalkan fungsi yang normal.
Beta Karotin pula memberikan manfaat untuk menguatkan penglihatan.
Karotenoid memberikan khasiat dimana ia bertindak sebagai fungsi anti-oksidan dan anti-kanser dalam tubuh.
No comments:
Post a Comment